no copy

copy cat

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Khamis, 28 Jun 2012

Rojak...conteng,huhuhu

Perhatian2...huhuhuhu kali nie entry aku bukan nya nak tulisan pasal rojak yang boleh kita smua mamam tu...xde....salah...huhuhuhuh...aku nak ceta rojak = campur = Merapu meraban.....ok..leh tangkap xmaksud aku???huhuhu kalau xfaham gak xpelah...nak senang ceta maksud aku adalah....ceta je secara bebas...huhuhu xde tajuk..sbb terasa nak menaip...tp xtau nak type apa......
ok...mula2..nak ceta sal apa ek...ok2..kita ceta pa yang paling last aku update ok.....aku...sekarang nih masih dalam keadaan mode tengah recover....nak sembuh la.....huhuhuhu....nak kata mudah xde lah...aku xde lah boleh lupa satu perkara tu dengan mudah...sbb berbekas wei....mau xnyekan...bila dh kena mcm tu....sakit siot....em...huhuhu..mcm bunyi org lepas geram lak aku kan.....ok2..tutup ceta ..kita buka ceta lain lak.....masuk perenggan lain....

Em..kalau nak tau..la nie aku dalam mood pembukaan semester baru....so masih dalam keadaan semangat lah nak kejar smua ilmu nih...huhuhuhu ...takut lak jd mcm sem2 yang lepas...mula2 je semangat lepas tu.....layu.....merundum...hahahahahahaha...start la adegan xg kelas,bangun lambat.....alasan nanti PMS...hahahahaha.....penah buat x???mesti penah kan korang...hahahahahaha.......xpe2...masa nie je kita leh wat mcm nih.....nanti dh hbis belajar mesti kita rindu saat nie......
dah tu nie perenggan ke-3 lak...em nak cakap pasal apa lagi ek.....a...aku sekarang nie tgh menaip pukul 2.29 pagi...huhuhuhu entah apa2 ntah...tu pun nak bg tau kan.....mesti korang nyesal baca kan sebab  xde apa2 ceta pun aku nak ceta tp terasa nak menaip...hahahahahaha.......
ok lah...aku stop merapu takat nie lah...nanti naik boring lak korang nanti.......ok lah all...sayang korang smua...aslmkm....
SUE88

Selasa, 19 Jun 2012

Remuk,pecah,sakit

Ok  all....kali nie entry aku masih ttg hati yang kecewa..dan sedih yang teramat sgt..so ....jom lah kita start....
em...nak tanya cikit..aapa perasaan korang kalau dapat tau...org yang korg paling percaya tipu korang hidup2...then benda tu dah berlaku dlm tempoh yang lama kira2 dlm setahun @ maybe more than that???..sakit kan....ok kali nih aku just nak bg nasihat lah kat manusia yang kat luar tu..sape yang de penyakit yang suka nak menipu org..lebih2 lagi menipu org yang percayakan korang.........
Korang cuba bayang kan dan letakkan diri korang ke dalam org yang korang dh tipu mentah2 tu....pe korang rasa???
"SAKIT HATI, KECEWA, SEDIH, MARAH, GERAM, PEDIH, PILU [SMUA LAH ADA RASA TU]"
 Macam tu lah apa yang kita org rasa masa korang tipu kita org...well benda nih cakap banyak xde guna sbnarnya....sbb....org xkan nak dgr punya...sbb dia org xrasa kan....well....what goes around come around lah wey..mungkin kita org xbalas...tp allah maha adil......korang kena ingat..lepas korang tipu org tu...susah lah korang nak ambil balik kepercayan dia org balik...xpe..once korang kena nanti..baru korang tau apa yang aku tengah bebel nih....ok lah...tu je aku nak kata chow dulu..adios...aslmkm.....
SUE88

Isnin, 18 Jun 2012

Hatiku SAKIT-PEDIH-HAMPA

Em....kali nie entry aku agak kejiwaan cikit....bagi sapa2 yang xsuka..so stop continue reading this enntry...for those who are want to know about my feeling...u may continue the reading... Orang penah kata hidup tanpa cabaran xsyok...tp aku bukan lah sekuat sumaiyyah nak harung semua nya...aku rasa sedih bila orang yang kita percaya boleh menipu kita hampir setahun @ mungkin lebih daripada tempoh itu....ya allah...tabahkan lah hati hamba mu ini...huhuhuhu menitik air mata bila dkenang kembali....aku mungkin senyum tp dalam hati luka yang amat dalam....
Tadi aku pg kolej nak g kelas...aku buat seperti biasa tp one of my ex-lecture asking me and this our short conversation :
Lec : "Are you ok my dear?"
Me  :"yea....im fine..." try make a fake smile
Lec : "No..you are lie to me...your face show me that you are in pain & sad"
Me  : "No..im fine...thanks for asking" still try to smile
huhuhu aku buat muka biasa dan cuba tersenyum pun masih nampak hati aku tengah sakit dan pedih ...sekarang nih aku xmampu nak gambarkan perasaan aku....Kenapa perlu buat aku sampau macam tu sekali??apa yang dah aku buat sampai dibalas sedemikian rupa??? 
Nie da cikit nasihat kat sape2 yang baca nih....kalau orang dah bagi kepercayan kepada kita xlah dibalas dengan berbohong, sbb snua tu xkan bertahan lama. Suatu hari nanti pasti kantoi gak..... Cuba bersikap jujur.
mungkin lirik kat bawah nih boleh gambarkan sedikit  ttg perasaan aku masa nih...
Berulang kali ku cuba
Untuk berada di pandanganmu
Ku bagaikan cahaya tembus cahaya
Matamu tak melihatku
Adakah insan yang lain
Yang sedang menghuni di hatimu
Sehingga tiada ruangan berdiri
Untukku mendekatimu
Beginikah pedih cinta bila dilontar
Tak bersambut
Lalu ia terhempas berkecai
Halus berbisa
Andai kau mengizinkan ku
Mempersembahkan cinta yang sekian terpendam
Pasti kau kan temui
Kalungan cinta suci bersulam kejujuran
Untuk kau pautkan di (untuk kau pautkan di)
…hati
Pernahkah dikau mendambakan
Sebuah cinta yang tak bertepi
Pernahkah dikau mengimpikan
Sebuah cinta yang tanpa tapi
Inilah jenis cinta yang ingin ku perjuangkan
Dari dulu , kini dan selamanya
SUE88

Ahad, 17 Jun 2012

Laksa Sarawak To day~~My hometown dishes

Ok all..ari nie sue wat Laksa Sarawak untuk makan tengah hari....huhuhuhuhu....kita wat laksa nie.....Simple je laksa nih..sbb rempah dia ramuan asal dan paling penting dah da yang siap untuk dipakai....kalau kat smnanjung nih...sue xtau lah nak cari kat mn..sbb sue mmg slalu beli kat Kuching, sarawak je...huhuhuhu....ok..untuk kali nie..thanks lah kat Kustina Ak. Patrick....sbb dia yang tolong beli & bawak pess laksa tu ke mari2.....huhuhuhu...ok kalau korang nak tgk mcm mn meh kita tunjuk kat awak ek......1,2,3......


mcm nie lah rupa pess dia....ok...yang nih...cap hj.manan...sue brand nih sbb bg sue nie pekat dan sedap gak...tp sbnarnya byk gak jenama lain kat kedai...mcm cap helang....banyak lah lag...ok back to our resepi......bahan2 yang perlu kita sediakan....
Bahan untuk kuah laksa :

Nie rupa kuah dia sebelum campur santan ek....

  1. Pess Laksa Sarawak
  2. Asam keping
  3. Santan
  4. Air renehan sup ayam ( Asalnya guna renehan udang gak tp oleh kerana ada yang xleh mkn seafood...jd sue buat ayam je....) 

Cara-Cara Nak buat :

  1. Rebuskan ayam dalam periuk sehingga masak...dan keluarkan ayam dan ketepikan... 
  2. Masukkan pess Laksa Sarawak td dan kacau sehingga mendidih
  3. Kecilkan api dapur td dan masukkan santan dan kacau sehingga mendidih
  4. masukkan asam keping, garam dan perasa.
  5. dah siap....
Bahan untuk tabur diatas Laksa :


  1. Telur
  2. Taugeh
  3. limau 
  4. Bunga kantan
  5. Cili
  6. Ayam yang direbus tadi
  7. Bihun
Cara membuatnya : 
bUNGA KANTAN YANG DAH DIHIRIS



  • Telur - buat telur dadar dan hiris
  • Bunga kantan & cili - Dihiris
  •  Ayam - Dicarik2 halus
  • Limau - dipotong dua
  • Taugeh & bihun - Dicelop kedalam air panas


Untuk menghidangkan:
Ni sue dah gaul2 kan..so xcantik lah..huhuhu

  1. Masukkan bihun kedalam mangkuk
  2. dan taburkan bahan-bahan yang telah dihiris dan dicarik tadi diatas bihun
  3. Tuangkan kuah laksa td ke dalam mangkuk...dan perah lah limau mengikut cita rasa korang....
  4. dah siap dan hidangkan...
 OK LAH..SELAMAT MENJAMU SELERA ALL...SUE NAK G SAMBUNG MAKAN...HUHUHUHU



SUE88

Rabu, 13 Jun 2012

WANITA AWAS...JANGKITAN PADA VAGINA

Ok kali nie sue nak wat entry KHUSUS & KHAS untuk smua kaun hawa kita yang ada kat luar tu...saja nak kongsi maklumat dan ilmu yang seciput nih..sama2....mana2 kaum adam yang nak baca pun boleh...just in case untuk u all punya isteri @ kaum keluarga......nie sengaja bagi font nih wana merah sbb nak bg korang lebih aware cikit dengan pe yang kita nak bincangkan...jap..nie kira bincang ke??huhuhu apa2 pun kita just share ok...sharing is caring...huhuhuhuhu..ha..panjang lak aku merepek...ok back to our topic...
Sebelum kita pergi jauh lebih mendalam, mari kita kenal dahulu punca atau sebab mengapa ia terjadi...Vaginal infection terbahagi kepada dua jenis tau...jenis dia ialah....

JENIS PERTAMA : KUMAN
Jangkitan disebabkan kuman terbahagi kepada beberapa jenis lagi...dan antara nya ialah....
  • E. coli ( Echerichia Coli ) 
 Kuman jenis ini memang selalu menjangkiti kemaluan dan juga anggota sistem peranakan wanita.
  • Trichomonas
Juga sering menjangkiti pada bahagian kemaluan dan juga menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan disertai dengan kegatalan dan berbau busuk.

  • Kuman BV ( Bacteria Vaginosis ) 
Mengeluarkan lendir vagina hogen putih-kelabu yang cair, ia seakan- akan susu tetapi tidak menyebabkan keradangan tetapi berbau hanyir dan menyebabkan kegatalan.
JENIS KE-2: KULAT 
Jangkitan kulat juga terbahagi kepada beberapa jenis juga...seperti......

  • Candida / Monilia
Sering menjangkiti wanita yang mengandung atau yang menghidap kencing manis

  • Protozoa
-Jangkitan pada sistem pencernaan disebabkan kulat ini juga boleh menyebabkan ketidakselesaan pada vigina walau pun tidak menunjukkan sebarang tanda awal.
 -Kebiasaan jangkitan dialami selepas mengadakan hubungan seks dan juga perkongsian barang peribadi seperti tuala, pencukur dan tempat pembuangan air.



TANDA- TANDA JANGKITAN..... 
Tanda2 ini kadang2 kita ada meraasanya tetapi kita hanya memandang ringan @ kita hanya menganggap itu perkara biasa sahaja....so beware kalau ada tanda2 mcm nih ok....

  1. Faraj mengeluarkan lendir yang berwarna putih dan berbau
  2. Kegatan pada bahagian faraj dan sekitar nya
  3. Kesakitan yang dialami yang jarang berlaku kepada wanita yang normal seperti :
  • Sakit pada bahagian abdomen
  • Demam dan rasa kurang selesa pada bahagian anggota badan
  • Kesakitan apabila membuang air kecil
  • Kedatangan haid yang tidak teratur 
 CARA- CARA MENCEGAH

  • Pastikan kemaluan sentiasa kering
Seelok- eloknya amalkan mengelap dengan tisu @ tualakering yang bersih pa vagina selepas membuang air.

  • Penggunaan pencuci wanita

Dalam memilih pencuci wanita hendaklah memilih dengan lebih berhati- hati dan memastikan ianya sesuai dengan pH vagina anda supaya untuk mengekalkan keadaan yang sepatutnya dan tidak menimbulkan masalah kemudian hari.


  • Tuala Wanita
-Jika Anda seorang yang aktif, janganlah malas untuk menukar tuala wanita anda ketika datang bulan. Darah yang kotor pada tuala wanita boleh mendatangkan kesan negatif pada vagina anda jika tidak menukarnya
-Elakkan menggunakan tuala wanita yang mempunyai pewangi kerana ia kadang2 menyebabkan kelembapan kulit vagina anda.

  • Penggunaan sabun
-Paling utama untuk dielakkan penggunaan sabun mandi dan semburan pewangi kerana mengandungi nilai pH yang tidak sesuai pd vagina anda.
-Kadang kala terdapan sabun yang mempunyai kandungan kimia yang tinggi dan boleh mengakiatkan kerengsaan pada kulit vagina dan boleh menyebabkan jangkitan pada kawasan tersebut.

  • Pemakaian pakaina dalam
-Kurangkan penggunaan pakaian dalam yang ketat kerana kulit perlu ruang untuk bernafas.
-Fabrik pkaian dalam yang digunakan adalah dr fabrik kapas yang boleh menyerap peluh dengan mudah.
-Paling penting ia dalam keadaan longgar dan selesa untuk dipakai pada bila2 masa dan dalam apa2 keadaan. 
OK ALL...THAT IT...FROM NOW ON....KEEP UR MISS. V  IN AGOOD CONDITION..... mencegah lebih bagus dr merawat....ok...fikir2 kan.......sayang korang smua.....
SUE88






Selasa, 12 Jun 2012

RENDANG DAGING TOK





Em...kita nak raya dah kan....huhuhuhu  puasa pun xlagi...tp dah fikir raya...huhuh...biasalah....masa tu lah kita nak kumpul dengan ahli keluarga kan,kan,kan,kan....tp resepi nih...nak share bukan utk raya je tau....tp untuk seharian...mn tau tekak raasa nak mkn...leh buat....xlah payah nak cari kat kedai kan....ok..moh kita mulakan....



Dalam masakan kita kali nie...bahan2 terbahagi kepada tiga tau...ok...bahan2 dia seperti berikut....

BAHAN A                                                                             BAHAN   B

  • 1KG Daging                                                                      20gram jintan manis  
  • 600ml Santan                                                                     20gram jintan putih
  • 150gram bawang merah                                                     10gram ketumbar
  • 70gram bawang putih
  • 50gram halia                                                                                    BAHAN    C
  • 40gram kunyit hidup (xmau yang serbuk @ packet tau)                         2 helai daun kunyit
  • 15gram lengkuas                                                                                   5 helai daun limau
  • 400gram cili boh                                                                                   150gram gula melaka
  • 5 batang serai                                                                                       400gram kerisik
  •                                                                                                             perasa secukupnya

CARA MEMASAK NYA....

  1. Panaskan santan dahulu,masukkan bahan-bahan A dan kacau dengan perlahan sehingga mendidih.
  2. Masukkan bahan- bahan B bersama daging dan biarkan sehingga daging empuk
  3. Akhir sekali masukkan  bahan C dan kacau sehingga kuah pekat dengan perasa secukupnya.
OK KAWAN2...SELAMAT MENCUBA.....DAN  MENJAMU SELERA......SAYANG KORANG SMUA....SUE88

Ahad, 10 Jun 2012

ADAB KETIKA MAKAN


KALAU NAK CETA PASAL MAKAN SMUA NAK MAKAN...XDE SAPE NAK TOLAK BAB MAKAN NIH...BETUL TAK...TP..ADA XKITA TERFIKIR MASA MAKAN NIH PERLU ETIKA YANG TERSENDIRI...SBB ETIKA MAKAN TU CERMIN PERIBADI YANG SEMPURNA...HUHUHU...KALAU KORANG RASA ADA....MEH KITA TENGOK..BETUL KE ADA & ADA KE KORANG IKUT MCM ETIKA YANG DIPERLUKAN....


  • KETIKA DUDUK
Duduk dengan tegak dan serapat yang boleh dengan meja makan, ia bertujuan memudahkan kita untuk makan dan juga elak makan tumpah secara tidak sengaja.


  • BARANG YANG TIDAK BERKAITAN
Jangan letak apa2 barang diatas meja makan seperti beg tangan, fail dan sebagainya

  •  ELAK BERCAKAP KETIKA MULUT PENUH
Jika ingin bercakap juga, pastikan makanan didalam mulut dlm kuantiti sedikit dan kemudian barulah bercakap....xsopan kot dengan mulut penuh kita bercakap....nanti terhambur habis makanan tu..

  • KUNYAH MAKANAN DENGAN PERLAHAN DAN HIRUP MAKANAN XBERBUNYI
Bunyi bising yang kita buat masa makan mungkin mengganggu perbualan orang lain atau lebih teruk lagi kalau  da yang hilang selera disebabkan kita..

  • MAKAN DENGAN KADAR PERLAHAN
Bagus untuk sistem penghadaman dan menunjukkan kita menghayati dengan makanan yang dihidang kan.jika kita mkn dgn gelojoh atau cepat lak menunjukkan kita xde rasa hormat kat orang yang ada sekeliling kita pada masa itu.

  • JIKA TERSUAP MAKANAN YANG TERLALU PANAS TEGUK LAH AIR SEJUK DAN TELAN.
Jangan sesekali meluah balik apa2 sahaja makanan yang telah kita suapkan, sbb boleh buat org hilang selera dan berasa tidak selera dengan anda. 

  • UCAP TERIMA KASIH JIKA RAKAN SEMEJA MENGHULURKAN MAKANAN 
  • ELAK MENYUAP ATAU MINUM DENGAN TANGAN KIRI
  • ELAK SENDAWA DI MEJA MAKAN DAN DIHADAPAN KAWAN SEMEJA ANDA

  • KESAT BIBIR ANDA SEBELUM MINUM
Untuk mengelak bibir gelas berbekas kekotoran daripada mulut anda.

  • KATAKAN TERIMA KASIH SEBAGAI PENOLAKAN
Sekiranya tuan rumah menghidangkan sesuatu yang kita tidak gemari katakan terima kasih tanpa perlu memberi alasan. 

  • MEMBERI ALASAN YANG POSITIF KAT MAKANAN YANG TIDAK SEDAP 
Berikan pujian kepada mereka yang memasak makanan tersebut dan memberi pujian...tetapi jangan berbohong jika tidak sedap...bagi lah alasan yang positif terhadap makanan yang tidak sedap tersebut.


  • MEMBERI ALASAN YANG SESUAI
 Untuk meminta diri dari meja makan.



SUE88

AYAM GORENG BUTTER

huhuhuhu nak share lah cara2 nak buat kan...nak kata pro xlah sgt...nie pun kita belajar dr kawan kita gak.....credit for ziela....dia lah ajar kita wat resepi nih...dia simple ja.....ok back to our resepi ok....bahan yang perlu korang sediakan....
 1. ayam 8 KETUL ( xkira bahagian apa yang korang nak)
 2. Telur ayam
 3. Garam & ajinamoto
 4. Butter / mentega
 5. susu cair
 6. cili (decorate)
 7. serbuk lada

tu dia bahan dia...ok nie lak step dia ok......

1.  mula2..kita perapkan ayam yang kita dh bersihkan dgn telur,garam & ajinamoto
2.  Bila dah lama cikit kita goreng lah ayam tadi mcm biasa...dan tus kan lebihan minyak kat ayam tu..
3.  ayam yang kita dh siap goreng td kita letak tepi,ambik kuali baru..panaskan dan letak butter dalam
     2@3 sudu makan dan cairkan
4.  Bila dah cair...kita tuang lah susu cair dalam separuh dr tin susu tu dan masuk kan sedikit garam,gula,lada
     dan cikit ajinamoto gaul seketika.
5.  masukkan ayam tadi dan gaul sehingga kering barulah masukkan chili yang dh dihiris td, gaul
     sekejap.
6.  Dah siap hidang lah....



SELAMAT MENCUBA....SUE88

mr.bee